Wednesday, 24 December 2014

PROSES KERJA ARCA TIMAH


1)Batang timah dipotong kecil-kecil untuk proses peleburan.


2) Kepingan-kepingan timah tadi dimasukkan di dalam mangkuk batu dan dileburkan sehingga menjadi bentuk cecair.


3) Cecair timah yang telah lebur dituang perlahan-lahan kedalam acuan Plaster of Paris sehingga penuh.


4) Tunggu sehingga cecair timah tadi menjadi sejuk dan keras.


5) Setelah cecair timah tadi sejuk, acuan Plaster of Paris dipecahkan secara berhati-hati untuk mengeluarkan arca timah di dalamnya.


6) Setelah dikeluarkan dari acuan, arca timah tersebut dibersihkan dan dikilatkan menggunakan berus tembaga.


HASIL ARCA TIMAH YANG TELAH SIAP












Tuesday, 23 December 2014

PROJEK ARCA TIMAH

Untuk final projek, kami telah ditugaskan untuk menghasilkan mimik muka Perak Man daripada bahan cecair timah.Untuk menghasilkan projek tersebut, kami perlu mengkaji dahulu maklumat mengenai Perak Man.

PERAK MAN

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah LenggongHulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasamaJabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun. 

Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyaicongenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.

Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.

Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.


Tujuan kami telah diberi subjek matter Perak Man ini adalah ingin memberi kami peluang untuk membayangkan dan berimaginasi secara kreatif tentang bagaimanakah rupa atau mimik muka Perak Man ketika beliau masih hidup.

Untuk menghasilkan mimik muka ini, saya menggunakan tanah liat yang bercampur silicon.Tanah ini agak berbeza sedikit daripada tanah liat biasa kena campuran silicon tadi menjadikan tanah liat tersebut lebih lembut dan mudah untuk dibentuk dan struktur yang tidak mudah rapuh.

Gambar-gambar dibawah adalah hasil mimik muka yang saya buat berdasar kan subjek matter Perak Man ini.






Gambar di atas ini adalah mimik muka yang saya pilih untuk dijadikan arca timah.


PROJEK MELUKIS MURAL

SEKOLAH RENDAH KEM TERENDAK, MELAKA.

Untuk projek seterusnya,kami telah ditugaskan untuk melukis mural pada dinding sekolah Sekolah Rendah Kem Terendak. Projek yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu bukan sahaja mendedahkan kami kepada suasana sekolah, malah menambah pengalaman kami beramah mesra bersama para pelajar sekolah tersebut, melalui program Adik Angkat.

Berikut adalah gambar mural yang dihasilkan oleh kumpulan saya dan juga adik-adik angkat dibawah jagaan saya sepanjang 3 hari program tersebut.





Lukisan Mural Bertemakan Ilmu dan Teknologi.




Program adik angkat SK Terendak Melaka.

PROSES KERJA ARCA TIMBULAN

LAKARAN YANG DIPILIH

Berdasarkan lakaran-lakaran bangunan yang dibuat,akhirnya Dr telah memilih lakaran bangunan Tuanku Bainun UPSI, iaitu bangunan perpustakaan UPSI.Dr telah memilih lakran ini kerana bentuk bangunannya yang menyerupai bangunan Suluh Budiman, yang merupakan salah satu daripada bangunan warisan UPSI.




PROSES KERJA




1) Lakaran tadi ditekap di atas kertas minyak atau butter paper.



2) Kertas tekapan tadi ditekap sekali lagi di atas blok tanah liat untuk diukir lakaran yang dipilih.






3) Proses mengukir dimulakan,setiap bahagian dan bentuk dikeluarkan dan ditimbulkan dari blok tanah liat tadi dengan menggunakan proses korek dan buang.



4) Ukiran timbulan yang telah siap.



5) Untuk menghasilkan acuan, silicon rubber disapu pada permukaan tanah liat yang telah siap diukir tadi .



6) Acuan yang telah kering dan sedia untuk dituang cecair Plaster of Paris.


7) Acuan tadi diletakkan di dalam kotak kayu dan cecair POP dituang disebelah bawah acuan tersebut untuk menghasilkan mother mold.Mother mold berfungsi sebagai holder untuk acuan rubber silicon tersebut.


8) Cecair POP dibancuh dan dituang kedalam acuan rubber silicon untuk menghasilkan arca timbulan POP.


9) Hasil  arca timbulan tanah liat dan Plaster of Paris yang telah siap.