Apa itu arca?
Arca adalah suatu bentuk
dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang
dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu
sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.Selalunya
arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi
tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.
Sejarah Arca
Sejarah penemuan terawal
seni arca - terjumpanya arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah
liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia pada 800SM. Bukti
sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti Mesir,
Yunani, Mesopatamia, China dan India.Arca yang dihasilkan pada masa itu
berbentuk boneka dan menggunakan bahan pelbagai.Di Eropah - hasil penemuan arca
terawal berbentuk patung kecil ‘Cycladic’ berupa figura manusia dijumpai
disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu. Zaman Renaissance – arca
‘David’ dihasilkan oleh Michealangelo.
Di Malaysia, kaum asli Mah
Meri dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca ukiran patung yang
berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka.Antara arcawan
tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad Jamal, Bayu Utomo
Radjikin.
Generasi muda yang turut
melibatkan diri dalam penghasilan karya arca ialah Mat Annuar Ismail, Raja
Shariman Raja Aziddin, Wong Pei Yu dan lain-lain. Sebuah Laman Asean diwujudkan
untuk mengumpulkan karya arca sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan
ASEAN yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur.
Jenis – Jenis Arca
Arca bersifat realis atau
abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya
seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat
konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan
betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu
sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan
rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar
iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
Arca Asemblaj
Asemblaj adalah himpunan
bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan
yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan
pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam
bentuk tiga dimensi.
Bicycle
Wheel
Marcel
Duchamp, 1951
Arca Timbulan
Arca ini juga dikenali
sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian
ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara
ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan
memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura
atau binatang akan menjadi figura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan
menarik.
Henri
Matisse - Back, IV,
1930-1931
Arca Mobail
Mobail merupakan hasil
cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan
dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak
atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.
Bahagian mobail dicantumkan
pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula
dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai
imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas
bergerak.
ALEXANDER
CALDER
American,
1898-1976)
The Star,
1960
Polychrome
sheet metal and steel wire
35 3/4 x
53 3/4 x 17 5/8”
Arca Stabail
Stabail ialah satu binaan
seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan
kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan
tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai
sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara
terawang-awang.
Rekaan stabail boleh
dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada
dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu
siling.
Calder,
Alexander -
"Hollow
Egg" - (1939)
Arca Gabungan
Diorama
Diorama ialah sejenis
binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan
situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam
satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat
dari hadapan atau pun sisi.
Objek yang hendak disusun
boleh digantung,didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas
tersebut.Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan
situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama.Bahagian tapak kotak pula
dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.
Boneka
Boneka (dari bahasa
Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam,
terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan
salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun
Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya
ternyata berbeza sekali antara dulu dan sekarang.
Mummy Art
Doll
Handmade,OOAK
art doll sculpture.
Mixed
media including fabric and PaperClay.
Height:
7.75", Width: 4.25", Depth: 1.75"
Origami
Origami merupakan satu
teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan
satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.Origami
merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas
mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina
dikasi yang bernama Ts'ai Lun.
Kertas yang diperbuat dari
hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih
mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah
tongkang Cina dan kotak.Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya
dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh
seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu
Shotoku
Semenjak itu Origami
menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke
hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil
Washi.
Topeng
Topeng adalah benda yang
dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi musik kesenian
daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk menghormati sesembahan atau
memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Bentuk topeng bermacam-macam ada
yang mengambarkan watak marah, ada yang menggambarkan lembut, dan adapula yang
menggambarkan kebijaksanaan.
Kehidupan masyarakat moden
saat ini menempatkan topeng sebagai salah satu bentuk karya seni tinggi. Tidak
hanya kerana keindahan estetik yang dimilikinya, tetapi sisi misteri yang
tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu memancarkan kekuatan magik yang
sukar dijelaskan.
Mask
(opharo edjo)
Wood,
pigment, encrustation. H. 32 cm.
Private
Collection, Belgium